Sunday 19 June 2011

TERPERANGKAP DALAM JASAD LELAKI...

aku terpenjara...


“Aku terperangkap di dalam jasad lelaki. Naluri ku naluri perempuan. Nafsu ku nasfu perempuan. Sikap dan tingkah laku ku semua menjurus kepada perempuan. Tetapi mengapa jasad ku adalah lelaki. Mempunyai alat kelamin lelaki. Tidak berbuah dada seperti Pamela Anderson ataupun Lady Gaga. Jadi aku perlu membebaskan dari penjara jasad lelaki untuk aku menjadi perempuan sejati”.

Benarkah luahan ikhlas yang selalu terpacul dari bibir mugil insan bernama mak nyah itu? Mengapakah Tuhan 'sangat zalim' menciptakan mereka seperti itu? Adakah perkara ini seumpama dengan kekhilafan Jubril a.s dalam menyampaikan wahyu kepada Muhammad s.a.w yang sepatutnya didakwa oleh sebahagian pendukung Syiah bahawa ia sepatutnya disampaikan kepada Ali r.a? Cubalah kita renung dan hayati.


wanita terperangkap dalam jasad lelaki... sekadar gambar hiasan
Sebelum kita pergi lebih jauh, saya ingit membawa cerita seekor kucing yang terperangkap di dalam sangkar burung nuri. Sejak lahir kucing tersebut telah dikurung di dalam sangkar yang di dalamnya penuh dengan burung nuri. Ia tidak pernah melihat sifat dan perangai kucing lain yang acap kali menjadikan burung nuri sebagai santapannya. Hanya memerhatikan bagaimana burung nuri berkicauan dan terus terbang dan terbang. Ini membuatkan kucing tersebut tidak menjadikan burung nuri sebagai santapan. Boleh dijadikan sahabat dan membiarkan burung nuri duduk di atas badannya. Kuku kucing yang begitu tajam serta taringnya yang mampu menembusi tubuh burung nuri tidak dimanfaatkan untuk menjadikan burung nuri hidangan yang lazat. Persoalannya, adakah kucing tersebut boleh dianggap terperangkap di dalam jasad kucing sedangkan ia sebenarnya seekor burung nuri disebabkan ia tidak menjadikan burung nuri mangsanya? Itu merupakan perkara mustahil bagi emreka yang mempunyai akal untuk membuat justifikasi 'jahil' itu. Kucing tetap kucing. Nuri tetap nuri. Apabila kucing kembali kepada kelompok kucing tidak mustahil untuk dia berubah menjadikan nuri sebagai santapannya.

Begitulah dengan mereka yang mendakwa bahawa mereka terperangkap di dalam jasad lelaki. Apakah kejahilan yang menyelubungi mereka sehingga sanggup terus menerus berfikiran seumpama itu? Terus mengubah diri dan penampilan dengan busana perempuan dan kemuncaknya nama dan alat sulit mahu ditukarkan. Bukan sekadar diketahui oleh dirinya dan beberapa orang teman tetapi biar ia diiktiraf oleh masyarakat, negara dan dunia.


                    aku mahu bebas seperti burung di angkasa
Inilah yang disebut sebagai kerana ingin mencapai matlamat dan nafsu maka apa-apa tindakan yang dibuat dianggap betul dan tepat. Al-Quran yang diturunkan oleh Maha Suci Tuhan sanggup ditentang dan dikhilafi. Pandangan golongan cerdik pandai yang menentang kemahuan mereka dianggap tidak menyokong kemajuan dan terus diperangi. Golongan terkhilaf dari golongan agama yang menyetujui niat mereka dianggap tepat dan disanjungi. Itulah sebanrnya golongan yang jahil lagi tidak mahu menerima hidayah Illahi.

 dulu lelaki kini dah jadi 'perempuan'

Jika benar mereka terperangkap di dalam jasad lelaki mengapakah mereka memerlukan hormon lain jantina bagi terus kekal mempunyai bentuk tubuh yang bertentangan? Mengapa mereka perlukannya?Kenapa tidak bairkan sahaja dan akhirnya mereka berubah secara semulajadi kembali kepada jasad yang hakiki.

Mungkin kurang pintar perkara-perkara tersebut saya utarakan. Akan tetapi mengapakah mereka tidak memikirkan bahawa itu merupakan ujian Illahi. Bukan untuk apa melainkan untuk diuji dan dijadikan golongan yang dikasihi Illahi. Tetapi itu tidak dipandang kerana mereka sudah menolak Illahi. Tidak perlu hidayah Illahi. Yang penting hajat di hati. Nak jadi lain jantina dari dianugerahkan yang Maha Kuasa.

Akhirnya membuatkan semua pening kepala. Hak asasi mendahului wahyu Illahi yang dibawa oleh Muhammad s.a.w. Mencari alasan dan alasan untuk membenarkan kehendak dan hawa nafsu. Penat dan letih golongan Agama ingin mengubah pendirian mereka. Tetapi mereka tetap dengan pendirian. Hak menukar nama perempaun, jantina, pakaian dan tingkah laku. Tunggulah nanti masanya untuk diadili oleh Illahi.