Friday 17 June 2011

HARI BAPA & MAK NYAH

 
sekadar gambar hiasan


Bahang sambutan Hari Bapa yang akan disambut pada hari Ahad ini semakin terasa. Di mana-mana bercakap berkenaan bapa, ayah, daddy, abah dan baba. Sehingga khutbah Jumaat yang dibaca oleh khatib di Surau Persint 16 turut membicarakan berkenaan tanggungjawab bapa. Ini melihatkan betapa kelebihan dan keistimewaan yang diberikan kepada insan bernama bapa. Semua manusia tanpa mengira agama, bangsa atau warna kulit tidak ada perselisihan untuk meletakkan bapa di suatu tempat yang perlu dihormati dan disanjungi.


Apa sebenarnya yang diperjuangkan mereka?


Apabila memikirkan berkenaan perkara ini, teringat saya apa yang diperjuangkan oleh golongan terpinggir seperti PT Foundation (www.ptfmalaysia.org), Seksualiti Merdeka (http://www.seksualitimerdeka.org/) dan pihak-pihak yang seangkatan dengan mereka untuk meletakkan Mak Nyah di satu tahap istimewa. Lelaki yang mengaku kononnya dirinya terperangkap di dalam jasad lain sedangkan mereka bukanlah lelaki, perlu untuk dimerdekakan dan dibebaskan. Perlu dighaibkan pengakuan bahawa mereka adalah lelaki dan jangan disamakan mereka seperti lelaki melainkan mereka disebariskan dengan wanita. Diberi hak seperti wanita dan dilayan seperti wanita. Kegilaan apakah sebenarnya yang melanda ini?

Mengapakah insan yang dilahirkan sebagai lelaki dek kerana perasaannya terdorong kepada sifat dan naluri perempuan sanggup untuk menghilangkan hakikat kelelakiannya? Tidakkah mereka perlu berasa bertuah bahawa sekiranya mereka itu bergelar lelaki, mereka berkemungkinan akan dapat mengecapi sambutan hari bapa dan disanjungi serta diingati? Adakah dengan menipu diri sendiri, orang disekeliling dan Tuhan yang amat mustahil untuk ditipu bahawa mereka bukan lelaki akan memberi kepuasan kepada mereka? Hanya mereka sahaja yang mampu memberi jawapan.

Aadakah kandungan Kitab ini boleh bertengangan dengan Hak Manusia?


Ingatlah! Islam tidak pernah sama sekali memberi pengiktirafan dan kemuliaan kepada mak nyah yang berperilakuan songsang itu. Tidak sama sekali. Ini amat jelas berdasarkan sabda Utusan Tuhan.


Sabda Rasulullah SAW:

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : لعن النبي صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال ، المترجلات من النساء

Maksudnya:

Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita

(HR al Bukhari)

Sabda Rasulullah SAW:

عن أبي هريرة رضي الله عته قال : لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجل يلبس لبسة المرأة ، والمرأة تلبس لبسة الرجل

Maksud:

Daripada Abi Hurairah r.a berkata: Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki.

(HR Abu Daud)

Oleh yang demikian, sekiranya ada pihak yang cuba menjahilkan diri sendiri dan menganggap Tuahn boleh diperbodohkan demi perjuangan meletak hak keistimewaan ke atas mak nyah di atas dasar hak kemanusiaan dan mereka masih mengaku beragama Islam perlulah memikirkan semula. Ini kerana dalil di atas amat jelas tidak menyokong dan melarang perjuangan sia-sia mereka. Bertaubatlah selagi masih ada masa untuk bertaubat.


Akhir kalam, saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari bapa kepada semua yang bergelar bapa dan saya berdoa agar Tuhan menempatkan bapak saya bersama orang yang beriman dan dikasihiNya. Dengan izin Tuhan saya akan memperkatakan berkenaan mak nyah dan khunsa serta pembedahan tukar jantina pada masa yang akan datang.


Tuhan Lebih Mengetahui....