Friday 1 July 2011

TUNTUTAN BERSIH



BERSIH... BERSIH... BERSIH... Semua orang memperkatakan berkenaan BERSIH. Buka TV cerita pasal BERSIH. Baca akhbar liputan BERSIH menjadi keutamaan. Dengar khutbah Jumaat hari ini pun khatib nasihat dan beri peringatan berkenaan BERSIH. Adakah kerana semua meminati dan menyokong spirit hadith 'an-nazafatu minal imaan'? Kalau macam itu saya pun nak berkempan juga pasal BERSIH. Semoga ia mampu memBERSIHkan apa yang perlu diBERSIH... Bukan kerana ia sekadar selari dengan hak asasi manusia maka ia perlu BERSIH... Tetapi ia selari dengan hak segala-galanya melainkan nafsu yang menggila...

Pertama... saya ingin mengutarakan dasar memBERSIHkan pemikiran yang bertentangan dengan aqidah Islamiah... menentang pemikiran untuk memperjuangkan hak asasi mak nyah yang tidak berpijak di bumi yang nyata serta tidak menjunjung langit yang di atasnya... mak nyah hendak diberi layanan istimewa. Biar mereka berpakaian menjolok mata serta menyalahi tabiaat manusia. Jangan diherdik jangan dididik. Biar terus mereka mengikut kehendak dan selera. Hukum jenayah syarii yang disusun oleh ilmuan agama berpandukan kitab Illahi dan lisan Nabi perlu dimansuhi, dikecami serta diletak tepi. Ia amat bertentangan dengan aqidah Islamiah. Bertentangan dengan apa yang disebut di dalam Kalam Tuhan dan sabda Nabi junjungan. Adakah kekotoran tersebut perlu dibiarkan. Tidak... Tidak sama sekali... Ia perlu diBERSIHkan... BERSIH... BERSIH... BERSIH...

Kedua... saya ingin menyatakan dasar memBERSIHkan perjuangan mereka yang menyatakan bahawa mak nyah di Malaysia bukan lelaki bukan juga wanita. Mereka perlu diberi hak mempunyai kelompok sendiri. Jadi... adalah tandas sendiri. Wad sendiri.... Kalau tidak pun masukkan sahaja mereka di dalam kelompok wanita. Beri kebenaran jantina di kad pengenalan bahawa mereka wanita serta nama diluluskan untuk ditukar nama wanita. Paling penting jangan ada halangan oleh pak-pak mufti atau guru-guru agama ni untuk mak nyah buat pembedahan tukar jantina. Kalau pasang buah dada dah tak perlu nak minta kebenaran. Main redah sahaja. Ini nak down grade alat sulit. Dari ada jadi tak ada. Dari melengkar biar meleper sahaja. Macam di Iran tu. Kan Iran negara Islam dan benarkan tukar jantina untuk menghaibkan masalah liwat. Jadi kenapa kita di Malaysia tak mahu nak follow sahaja. Karut... karut... karut... Ini sungguh karut... adakah betul dan dibenarkan oleh agama serta norma kemanuasiaan kita. Tidak sama sekali. Ia perlu dibantahi... mari sama-sama kita BERSIHkan perjuangan mereka ini. Jangan sampai perkara mungkar lagi tercela yang diperjuangan oleh puak tak sedar diri ini menjadi-jadi di negara ini. Ia perlu diBERSIHkan... BERSIH... BERSIH... BERSIH...

Ketiga... Saya ingin mengutarakan bahawa perjuangan mana-mana individu atau pihak sama ada di laman maya atau laman nyata berkenaan memperjuangkan hak mak nyah dan ia menyalahi konsep agama-agama sama ada mendapat sokongan mana-mana negara luar atau sebaliknya perlu diBERSIHkan.... Bersih... Bersih... Bersih... Jika kerajaan mampu untuk membuat sekatan terhadap kumpulan yang ingin membuat kempen BERSIH yang dikaitkan dengan sokongan dan tajaan parti pembangkang... tidak mustahil memBERSIHkan golongan tersebut juga tidak sukar... Ini kerana ia bukan sekadar menyalahi hak asasi manusia madani... tatapi menyalahi tuntutan nurani dan yang paling penting agamawi....Ia perlu diBERSIHkan... BERSIH... BERSIH... BERSIH...

Banyak lagi nak diBERSIHkan... jadi sebelum lebih banyak dinyatakan ckuplah tiga perkara ini dahulu dilaungkan untuk diBERSIHkan....Ia perlu diBERSIHkan... BERSIH... BERSIH... BERSIH...

p/s: Lepas ni jom pakat ramai-ramai hantar kat masjid anggur atau epal... janganlah bawa pisang lagi... warna pisang sensetif... tapi bagi kempen BERSIH yang saya bawa ini tiada warna rasmi lagi...

No comments:

Post a Comment