Monday 27 June 2011

CUBA ENGKAU BERADA DI TEMPAT KU....

Engkau tidak berada di tempat kami. Mudah lah engkau cakap. Cuba engkau ditentukan Tuhan jadi seperti kami. Lembut. Suka berdandan. Cenderung untuk memakai pakaian seperti wanita. Baru engkau tahu. Cuba letakkan diri engkau di dalam diri kami. Ini tidak. Hanya pandai mencerca, menkeji, menghina kami. Kami bukan ingin dilahirkan seperti ini. Kami juga ada hati untuk jadi seperti lelaki lain tetapi takdir telah tertulis segalanya...”

Bolehkah kita bersetuju dengan kenyataan tersebut yang terpacul dari bibir mugil seorang lelaki yang sudah tidah kelihatan lelakinya lagi. Bolehkan kita terus meredhai apa yang mereka buat apabila kata-kata yang terlontar dari lelaki yang lebih cantik dari Erra Fazira dan Vanida Imran menusuk ke cuping telinga kita? Mungkin ada yang akan lentuk dan terangguk menyetujui kebenaran kata-kata mereka dan terus hilang kemarahan serta kebencian terhadap perbuatan luar tabii mereka itu. Mungkin juga ada yang terus tidak ingin ambil pusing dan membiarkan perkara itu tidak pernah wujud dan terus menyatakan pendirian untuk diam dan membiarkan sahaja. Tetapi, bagi mereka yang mempunyai akal dan pegangan agama pasti tidak akan terkhayal dengan kata-kata penuh kepalsuan dan pembohongan yang terlontar keluar itu. Ia amat dusta dan tiada asas sama sekali.

Mengapa ia dusta dan tidak berasas sama sekali? Cuba kita renungkan dalam penciptaan manusia sebagai khlifah di muka bumi ini Tuhan telah menghadirkan dengan pelbagai ujian. Ada yang miskin. Ada yang cacat. Ada yang bodoh. Ada yang macam-macam lagi. Mengapa Tuhan jadikan semua itu? Adakah sudah tidak cukup kekayaan di dunia ini sehingga wujud hamba Tuhan yang miskin? Adakah Tuhan tidak mampu menciptakan semua hambaNya sempurna sehingga ada yang cacat? Adakah Tuhan tidak mampu menjelmakan hambaNya semua bijak dan pintar sehingga ada yang bodoh? Cubalah kita jawab. Sekiranya jawapan yang terlkeluar adalah YA, BENAR dan BETUL sebenarnya kita tidak mengenali siapa itu Tuhan. Kita tidak mengetahui kehebatanNya. Kita hamba yang terlepas jauh dari kasih sayangNya. Pergilah mencari ilmu dan mendampingiNya agar jawapan tersebut mampu bertukar kepada TIDAK, BUKAN dan SALAH.

Tuhan menciptakan semua itu tidak lain dan tidak bukan untuk menguji. Siapakah di antara hambaNya yang diuji dengan pelbagai macam mehnah dapat terus menjadikan ia sebagai lonjakan untuk mensyukuriNya dan bertaqwa denganNya. Itu sesuatu yang benar. Ini dirakamkan di dalam kalamNya di lembaran Al-Quran. Tuhan juga ada berbicara bahawa hambaNya yang paling dikasihi adalah mereka yang paling bertaqwa. Bukan yang paling pandai. Bukan yang paling cantik dan tampan. Bukan yang sempurna tanpa ada cacat cela. Buka segala-galanya. Akan tetapai yang paling bertaqwa.

Sama jugalah seperti mereka yang diuji dengan naluri perempuan sedangkan mereka lelaki. Mengapa harus mengikuti nafsu sehingga akal dilempar tanpa digunakan sampai sanggup untuk membuat perubahan tidak masuk akal. Berpakaian bertentangan dengan norma lelaki. Menjelma di khalayak dalam keadaan bukan diri lelaki. Yang paling menjijikkan sanggup untuk menwujudkan buah dada dan menukar zakar kepada bukan zakar atau faraj. Itukah penyelesaian kepada ujian Tuhan dalam mengejar ketaqwaan. Cuba fikirkan dan renung kembali.

Pasti akan ada yang memberi jawapan ANDA TIDAK BERADA DI PIHAK KAMI. IMAN KAMI TIDAK SEPERTI IMAN NABI DAN RASUL SEHINGGA SANGGUP DIUJI.Atau jawapan yang pelbagai lagi. Itu semua hanya helah dan alasan. Mungkin kita lupa atau alpa bahawa Tuhan telah menyediakan Syurga dan Neraka sebagai tempat kita tuju di akhirat nanti. Kita yang buat pilihan. Ketika ujian dan saringan untuk ditempatkan ke dua destinasi itu. Mulut kita sudah tidak mampu untuk memberi alasan. Tangan kita sudah tidak upaya memberi tentangan. Hanya amalan sahaja yang menjadi ukuran. Pada waktu itu mungkin ada yang akan menjerit terpekik terlolong merintih penuh penyesalan. Tetapi ia tidak berguna. Selagi ada waktu ini cubalah kita fikir dan renung-renungkan...

No comments:

Post a Comment