Monday 27 June 2011

CUBA ENGKAU BERADA DI TEMPAT KU....

Engkau tidak berada di tempat kami. Mudah lah engkau cakap. Cuba engkau ditentukan Tuhan jadi seperti kami. Lembut. Suka berdandan. Cenderung untuk memakai pakaian seperti wanita. Baru engkau tahu. Cuba letakkan diri engkau di dalam diri kami. Ini tidak. Hanya pandai mencerca, menkeji, menghina kami. Kami bukan ingin dilahirkan seperti ini. Kami juga ada hati untuk jadi seperti lelaki lain tetapi takdir telah tertulis segalanya...”

Bolehkah kita bersetuju dengan kenyataan tersebut yang terpacul dari bibir mugil seorang lelaki yang sudah tidah kelihatan lelakinya lagi. Bolehkan kita terus meredhai apa yang mereka buat apabila kata-kata yang terlontar dari lelaki yang lebih cantik dari Erra Fazira dan Vanida Imran menusuk ke cuping telinga kita? Mungkin ada yang akan lentuk dan terangguk menyetujui kebenaran kata-kata mereka dan terus hilang kemarahan serta kebencian terhadap perbuatan luar tabii mereka itu. Mungkin juga ada yang terus tidak ingin ambil pusing dan membiarkan perkara itu tidak pernah wujud dan terus menyatakan pendirian untuk diam dan membiarkan sahaja. Tetapi, bagi mereka yang mempunyai akal dan pegangan agama pasti tidak akan terkhayal dengan kata-kata penuh kepalsuan dan pembohongan yang terlontar keluar itu. Ia amat dusta dan tiada asas sama sekali.

Mengapa ia dusta dan tidak berasas sama sekali? Cuba kita renungkan dalam penciptaan manusia sebagai khlifah di muka bumi ini Tuhan telah menghadirkan dengan pelbagai ujian. Ada yang miskin. Ada yang cacat. Ada yang bodoh. Ada yang macam-macam lagi. Mengapa Tuhan jadikan semua itu? Adakah sudah tidak cukup kekayaan di dunia ini sehingga wujud hamba Tuhan yang miskin? Adakah Tuhan tidak mampu menciptakan semua hambaNya sempurna sehingga ada yang cacat? Adakah Tuhan tidak mampu menjelmakan hambaNya semua bijak dan pintar sehingga ada yang bodoh? Cubalah kita jawab. Sekiranya jawapan yang terlkeluar adalah YA, BENAR dan BETUL sebenarnya kita tidak mengenali siapa itu Tuhan. Kita tidak mengetahui kehebatanNya. Kita hamba yang terlepas jauh dari kasih sayangNya. Pergilah mencari ilmu dan mendampingiNya agar jawapan tersebut mampu bertukar kepada TIDAK, BUKAN dan SALAH.

Tuhan menciptakan semua itu tidak lain dan tidak bukan untuk menguji. Siapakah di antara hambaNya yang diuji dengan pelbagai macam mehnah dapat terus menjadikan ia sebagai lonjakan untuk mensyukuriNya dan bertaqwa denganNya. Itu sesuatu yang benar. Ini dirakamkan di dalam kalamNya di lembaran Al-Quran. Tuhan juga ada berbicara bahawa hambaNya yang paling dikasihi adalah mereka yang paling bertaqwa. Bukan yang paling pandai. Bukan yang paling cantik dan tampan. Bukan yang sempurna tanpa ada cacat cela. Buka segala-galanya. Akan tetapai yang paling bertaqwa.

Sama jugalah seperti mereka yang diuji dengan naluri perempuan sedangkan mereka lelaki. Mengapa harus mengikuti nafsu sehingga akal dilempar tanpa digunakan sampai sanggup untuk membuat perubahan tidak masuk akal. Berpakaian bertentangan dengan norma lelaki. Menjelma di khalayak dalam keadaan bukan diri lelaki. Yang paling menjijikkan sanggup untuk menwujudkan buah dada dan menukar zakar kepada bukan zakar atau faraj. Itukah penyelesaian kepada ujian Tuhan dalam mengejar ketaqwaan. Cuba fikirkan dan renung kembali.

Pasti akan ada yang memberi jawapan ANDA TIDAK BERADA DI PIHAK KAMI. IMAN KAMI TIDAK SEPERTI IMAN NABI DAN RASUL SEHINGGA SANGGUP DIUJI.Atau jawapan yang pelbagai lagi. Itu semua hanya helah dan alasan. Mungkin kita lupa atau alpa bahawa Tuhan telah menyediakan Syurga dan Neraka sebagai tempat kita tuju di akhirat nanti. Kita yang buat pilihan. Ketika ujian dan saringan untuk ditempatkan ke dua destinasi itu. Mulut kita sudah tidak mampu untuk memberi alasan. Tangan kita sudah tidak upaya memberi tentangan. Hanya amalan sahaja yang menjadi ukuran. Pada waktu itu mungkin ada yang akan menjerit terpekik terlolong merintih penuh penyesalan. Tetapi ia tidak berguna. Selagi ada waktu ini cubalah kita fikir dan renung-renungkan...

Tuesday 21 June 2011

clown ke... mak nyah ke...

ni kan clown... dia cukup menghiburkan

Pernah tak pergi ke fun fair? Kadang-kadang di fun fair ada clown. Pakai rambut warna warni. Muka disolek sehingga tidak kelihatan langsung wajah sebenar. Pakaian amat luar biasa dari orang lain yang normal. Buat gelagat yang entah macam-macam. Yang paling penting sentiasa tersenyum. Cukup menghiburkan. Gerak geri dan keletah menjadi perhatian dan amat mencuit hati. Bukan sekadar menghiburkan anak-anak kecil saya yang dah berumur ini pun acap kali akan tersenyum dan tergelak melihat keletah clown.


sekadar gambar hiasan


Pernah tak pergi ke event yang ada persembahan mak nyah? Tak pun pergi ke lorong-lorong yang ada mak nyah beratur ramai-ramai? Kelihatan mereka tidak ubah seperti clown kan? Berambut yang berbeza dari norma lelaki lain. Muka disolek sehingga tidak nampak langsung wajah jantan mereka. Pakaiannya cukup berbeza dari lelaki. Ada kalanya jauh lebih dahsyat dari pakaian perempuan. Gelagatnya memang macam-macam. Tersenyum sahaja untuk menarik minat orang. Hendak menghiburkan orang. Keletahnya apabila menyanyi, berlakon atau mundar mandir amat mencuit hati dan nurani. Bukan sekadar membuatkan kita tergelak tapi tidak kurang juga membuatkan kita menitiskan air mata kerana sedih dengan penyakit 'lupa diri' mereka. Ada yang akan ambil kesempatan dan menikmati hiburan istimewa dari mereka. Dahsyatnya...


                                                   ada orang terhibur dengan show macam ni

Ini membuktikan mak nyah dan clown terlalu banyak persamaan. Tapi jika saya katakan seperti itu pasti mak nyah atau kelompok yang memberi sokongan kepada mak nyah akan marah. Kenapa hendak marah? Itu hakikat. Pernah dalam satu suasana ada mak nyah menyanyi bukan sekadar bukan mak nyah je ketawa. Mak nyah sendiri tergelak besar lihat gelagat kawan mereka. Sungguh melucukan. Jadi mereka sebenarnya sedar bahawa mak nyah ni sama taraf dengan clown.

sampai kat tempat sunyi pun dia tetap 'menghibur'

 
Sememangnya jadi clown ini baik. Dia menghiburkan. Dia buat orang berduka jadi ceria. Tapi itu bukan kebiasaan dunia timur lebih-lebih lagi anjuran Islam. Lagi pula clown itu hanya berada di dunia khayalan sahaja yang dijelmakan sekali sekala. Sebab itu tidak ada pun clown yang 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun menjadi clown sahaja. Jadi clown hanya pada masa tertentu. Kalau ada fun fair. Ada jemputan hari jadi. Tidak pun kalau ada persembahan Royal London Circus. Kira ok la kan.

Lain pulak mak nyah. Dia menghiburkan tapi amat bertentang sungguh dengan agama. Dia buat orang yang 'berduka' jadi 'ceria' kemudian jadi merana. Amat bertentangan dengan Agama Yang Haq. Bertentangan dengan cara dunia Timur dan negara bertamadun. Mereka merasa seronok seketika dan akan merana dan merana. Yang paling utama nak beritahu mereka akan merana selepas kehidupan di dunia.


anda buat pilihan... syurga atau neraka?

Akhir kata, marilah sama-sama kita renung-renungkan. Adakah manusia di dunia ni ramai yang dah gila? Jadi bangkitlah untuk selamatkan mak nyah ni dari terus terhumban ke dunia khayalan mereka. Jangan biarkan mereka alpa. Ada timbal balas atas segala amalan mereka.

Sunday 19 June 2011

TERPERANGKAP DALAM JASAD LELAKI...

aku terpenjara...


“Aku terperangkap di dalam jasad lelaki. Naluri ku naluri perempuan. Nafsu ku nasfu perempuan. Sikap dan tingkah laku ku semua menjurus kepada perempuan. Tetapi mengapa jasad ku adalah lelaki. Mempunyai alat kelamin lelaki. Tidak berbuah dada seperti Pamela Anderson ataupun Lady Gaga. Jadi aku perlu membebaskan dari penjara jasad lelaki untuk aku menjadi perempuan sejati”.

Benarkah luahan ikhlas yang selalu terpacul dari bibir mugil insan bernama mak nyah itu? Mengapakah Tuhan 'sangat zalim' menciptakan mereka seperti itu? Adakah perkara ini seumpama dengan kekhilafan Jubril a.s dalam menyampaikan wahyu kepada Muhammad s.a.w yang sepatutnya didakwa oleh sebahagian pendukung Syiah bahawa ia sepatutnya disampaikan kepada Ali r.a? Cubalah kita renung dan hayati.


wanita terperangkap dalam jasad lelaki... sekadar gambar hiasan
Sebelum kita pergi lebih jauh, saya ingit membawa cerita seekor kucing yang terperangkap di dalam sangkar burung nuri. Sejak lahir kucing tersebut telah dikurung di dalam sangkar yang di dalamnya penuh dengan burung nuri. Ia tidak pernah melihat sifat dan perangai kucing lain yang acap kali menjadikan burung nuri sebagai santapannya. Hanya memerhatikan bagaimana burung nuri berkicauan dan terus terbang dan terbang. Ini membuatkan kucing tersebut tidak menjadikan burung nuri sebagai santapan. Boleh dijadikan sahabat dan membiarkan burung nuri duduk di atas badannya. Kuku kucing yang begitu tajam serta taringnya yang mampu menembusi tubuh burung nuri tidak dimanfaatkan untuk menjadikan burung nuri hidangan yang lazat. Persoalannya, adakah kucing tersebut boleh dianggap terperangkap di dalam jasad kucing sedangkan ia sebenarnya seekor burung nuri disebabkan ia tidak menjadikan burung nuri mangsanya? Itu merupakan perkara mustahil bagi emreka yang mempunyai akal untuk membuat justifikasi 'jahil' itu. Kucing tetap kucing. Nuri tetap nuri. Apabila kucing kembali kepada kelompok kucing tidak mustahil untuk dia berubah menjadikan nuri sebagai santapannya.

Begitulah dengan mereka yang mendakwa bahawa mereka terperangkap di dalam jasad lelaki. Apakah kejahilan yang menyelubungi mereka sehingga sanggup terus menerus berfikiran seumpama itu? Terus mengubah diri dan penampilan dengan busana perempuan dan kemuncaknya nama dan alat sulit mahu ditukarkan. Bukan sekadar diketahui oleh dirinya dan beberapa orang teman tetapi biar ia diiktiraf oleh masyarakat, negara dan dunia.


                    aku mahu bebas seperti burung di angkasa
Inilah yang disebut sebagai kerana ingin mencapai matlamat dan nafsu maka apa-apa tindakan yang dibuat dianggap betul dan tepat. Al-Quran yang diturunkan oleh Maha Suci Tuhan sanggup ditentang dan dikhilafi. Pandangan golongan cerdik pandai yang menentang kemahuan mereka dianggap tidak menyokong kemajuan dan terus diperangi. Golongan terkhilaf dari golongan agama yang menyetujui niat mereka dianggap tepat dan disanjungi. Itulah sebanrnya golongan yang jahil lagi tidak mahu menerima hidayah Illahi.

 dulu lelaki kini dah jadi 'perempuan'

Jika benar mereka terperangkap di dalam jasad lelaki mengapakah mereka memerlukan hormon lain jantina bagi terus kekal mempunyai bentuk tubuh yang bertentangan? Mengapa mereka perlukannya?Kenapa tidak bairkan sahaja dan akhirnya mereka berubah secara semulajadi kembali kepada jasad yang hakiki.

Mungkin kurang pintar perkara-perkara tersebut saya utarakan. Akan tetapi mengapakah mereka tidak memikirkan bahawa itu merupakan ujian Illahi. Bukan untuk apa melainkan untuk diuji dan dijadikan golongan yang dikasihi Illahi. Tetapi itu tidak dipandang kerana mereka sudah menolak Illahi. Tidak perlu hidayah Illahi. Yang penting hajat di hati. Nak jadi lain jantina dari dianugerahkan yang Maha Kuasa.

Akhirnya membuatkan semua pening kepala. Hak asasi mendahului wahyu Illahi yang dibawa oleh Muhammad s.a.w. Mencari alasan dan alasan untuk membenarkan kehendak dan hawa nafsu. Penat dan letih golongan Agama ingin mengubah pendirian mereka. Tetapi mereka tetap dengan pendirian. Hak menukar nama perempaun, jantina, pakaian dan tingkah laku. Tunggulah nanti masanya untuk diadili oleh Illahi.


 

Saturday 18 June 2011

TUKAR JANTINA TETAP HARAM...

Apa sebenarnya yang dimusykilkan lagi?


Sebenarnya hukum pertukaran jantina daripada lelaki kepada perempuan amat jelas ditegah, dilarang, diharam oleh Agama. Ini berdasarkan kepada apa yang terkandung di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Kerana masih ada yang terus berada di dalam kelompok Jahiliyyah Alaf Baru pada 1982, Jawatankuasa Fatwa telah menetapkan dan menekankan bahawa perbuatan songsang tersebut adalah bertentangan dengan Islam.

Inilah orang yang tiada hidayah


Ia sebenarnya bukan merupakan satu fatwa baru. Akan tetapi pada pandangan saya hanyalah satu penegasan semula kepada mereka yang terumbang ambing di dalam gelora kekacauan jiwa dan hilang dalam kabus hidayah Tuhan. Marilah sama-sama kita perhatikan semula KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA berkenaan perkara tersebut...



Pertukaran Jantina Daripada Lelaki Kepada Perempuan



(13 – 14 April 1982 • Muzakarah Kali Ke-4)

Keputusan:

i. Pertukaran jantina dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya melalui pembedahan adalah haram di segi syarak.

ii. Seseorang yang dilahirkan lelaki, hukumnya tetap lelaki walaupun ia berjaya ditukarkan jantinanya melalui pembedahan.

iii. Seseorang yang dilahirkan perempuan, hukumnya tetap perempuan walaupun ia berjaya ditukarkan jantinanya melalui pembedahan.

iv. Seseorang yang dilahirkan “khunsa musykil” iaitu manusia yang dilahirkan mempunyai dua alat kemaluan lelaki dan perempuan, diharuskan pembedahan bagi mengekalkan salah satu alat jantina yang benar-benar berfungsi dapat digunakan mengikut keadaan yang sesuai.

sila lihat di:

Friday 17 June 2011

HARI BAPA & MAK NYAH

 
sekadar gambar hiasan


Bahang sambutan Hari Bapa yang akan disambut pada hari Ahad ini semakin terasa. Di mana-mana bercakap berkenaan bapa, ayah, daddy, abah dan baba. Sehingga khutbah Jumaat yang dibaca oleh khatib di Surau Persint 16 turut membicarakan berkenaan tanggungjawab bapa. Ini melihatkan betapa kelebihan dan keistimewaan yang diberikan kepada insan bernama bapa. Semua manusia tanpa mengira agama, bangsa atau warna kulit tidak ada perselisihan untuk meletakkan bapa di suatu tempat yang perlu dihormati dan disanjungi.


Apa sebenarnya yang diperjuangkan mereka?


Apabila memikirkan berkenaan perkara ini, teringat saya apa yang diperjuangkan oleh golongan terpinggir seperti PT Foundation (www.ptfmalaysia.org), Seksualiti Merdeka (http://www.seksualitimerdeka.org/) dan pihak-pihak yang seangkatan dengan mereka untuk meletakkan Mak Nyah di satu tahap istimewa. Lelaki yang mengaku kononnya dirinya terperangkap di dalam jasad lain sedangkan mereka bukanlah lelaki, perlu untuk dimerdekakan dan dibebaskan. Perlu dighaibkan pengakuan bahawa mereka adalah lelaki dan jangan disamakan mereka seperti lelaki melainkan mereka disebariskan dengan wanita. Diberi hak seperti wanita dan dilayan seperti wanita. Kegilaan apakah sebenarnya yang melanda ini?

Mengapakah insan yang dilahirkan sebagai lelaki dek kerana perasaannya terdorong kepada sifat dan naluri perempuan sanggup untuk menghilangkan hakikat kelelakiannya? Tidakkah mereka perlu berasa bertuah bahawa sekiranya mereka itu bergelar lelaki, mereka berkemungkinan akan dapat mengecapi sambutan hari bapa dan disanjungi serta diingati? Adakah dengan menipu diri sendiri, orang disekeliling dan Tuhan yang amat mustahil untuk ditipu bahawa mereka bukan lelaki akan memberi kepuasan kepada mereka? Hanya mereka sahaja yang mampu memberi jawapan.

Aadakah kandungan Kitab ini boleh bertengangan dengan Hak Manusia?


Ingatlah! Islam tidak pernah sama sekali memberi pengiktirafan dan kemuliaan kepada mak nyah yang berperilakuan songsang itu. Tidak sama sekali. Ini amat jelas berdasarkan sabda Utusan Tuhan.


Sabda Rasulullah SAW:

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : لعن النبي صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال ، المترجلات من النساء

Maksudnya:

Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita

(HR al Bukhari)

Sabda Rasulullah SAW:

عن أبي هريرة رضي الله عته قال : لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجل يلبس لبسة المرأة ، والمرأة تلبس لبسة الرجل

Maksud:

Daripada Abi Hurairah r.a berkata: Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki.

(HR Abu Daud)

Oleh yang demikian, sekiranya ada pihak yang cuba menjahilkan diri sendiri dan menganggap Tuahn boleh diperbodohkan demi perjuangan meletak hak keistimewaan ke atas mak nyah di atas dasar hak kemanusiaan dan mereka masih mengaku beragama Islam perlulah memikirkan semula. Ini kerana dalil di atas amat jelas tidak menyokong dan melarang perjuangan sia-sia mereka. Bertaubatlah selagi masih ada masa untuk bertaubat.


Akhir kalam, saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari bapa kepada semua yang bergelar bapa dan saya berdoa agar Tuhan menempatkan bapak saya bersama orang yang beriman dan dikasihiNya. Dengan izin Tuhan saya akan memperkatakan berkenaan mak nyah dan khunsa serta pembedahan tukar jantina pada masa yang akan datang.


Tuhan Lebih Mengetahui....

Thursday 16 June 2011

BICARA PEMBUKA TIRAI

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Agung Lagi Maha Mengetahui aku memulakan bicara ini. Aku berlindung dengan Tuhan dari kejahatan pandangan dan pegangan manusia yang bertentangan dengan kehendakNya.

Semoga ruang ini akan memberi manfaat buat diri ku dan juga Agama ku. Aku amat berharap dengan kehadiran ku di alam blog ini dapat menjadi salah seorang daripada barisan yang menentang kejahilan kelompok yang mempromosikan kemungkaran. Memperjuangkan apa yang sememangnya telah dilarang oleh Tuhan melalui KitabNya dan lidah UtusanNya, berdalilkan hak asasi manusia dan akal yang dangkal serta lembaran-lembaran maklumat yang masih tidak terbukti ketulinannya.

Aku juga amat mengharapkan agar diberikan kekuatan dari Tuhan agar diberi kesempatan, terus menulis tanpa ada kekangan waktu dan kebosanan. Tidak lupa juga, aku turut mengharapkan agar Tuhan menghadiahkan kepada ku cetusan-cetusan idea dan turut menetapkan pegangan dan pendirian yang didukung pada hari ini.

Smoga dengan usaha ini aku akan mendapat sokongan dari teman-teman dan blog yang menjelma pada hari ini tidak terkubur sebelum nisan sempat disediakan. Hanya Tuhan Yang Lebih Mengetahui....